Saturday, January 16, 2010

Pelaburan Unit Trust, Menguntungkan???

Salam semua, bertemu kita sekali lagi di hari Ahad yang tenang dan 'relaxing' ini. Kedua2 anak saya dan maknya dalam proses nak tidur untuk waktu tengah hari so ini peluang saya nak menulis serba sedikit mengenai pelaburan unit saham amanah(Unit Trust).

Pada waktu mula2 dulu saya hanya mengenali saham amanah menerusi ASN, ASB & ASW 2020 untuk menyimpan wang bagi kegunaan masa hadapan. Untuk pengetahuan pembaca sekalian kesedaran untuk menyimpan wang dalam diri saya sebenarnya dah start datang dalam diri saya ketika belajar 'degree' dekat UiTM Machang di mana saya buka akaun ASW 2020 di mana setiap simpanan memerlukan paling minimum RM50.00 berbanding ASB hanya RM1.00 sahaja. Tetapi masa tu simpanan tiada 'consistency' sebab asyik nak pakai duit jer, maklumlah belajar, poket pun asyik bocor jer, duit loan mara pun cukup2 makan jer... but akhirnya syukur juga dapat 'degree'.

But as my personal opinion, kesedaran menyimpan duit nie perlu dipupuk sejak dari kecil lagi dan perlu ada 'consistency' supaya kehidupan anak2, ibubapa dan keluarga tidaklah akan menjadi 'amat susah' pada masa hadapan. Perancangan kewangan adalah amat penting di dalam kehidupan kita walaupun ianya tidak dititikberatkan di dalam kehidupan terutamanya keluarga Melayu di mana kita merasakan ianya tidak penting(termasuklah saya). But it's never late than ever.

Ok, berbalik kepada pelaburan Saham Amanah/Unit Trust, saya akan fokus kepada Unit Trust swasta yang ditawarkan oleh pelbagai institusi perbankan di negara kita. Kepada sesiapa yang enter market unit trust pada tahun 2007/2008 mungkin ada yang agak kecewa disebabkan kebanyakan harga unit trust jatuh 'drasticly' disebabkan kegawatan ekonomi dunia. But if the investor really been educated regarding unit trust, tahu pasal 'switching concept', tahu pasal'Dollar Cost Averaging', saya fikir takkan ada investor dalam unit trust industry akan "mengamuk" tak tentu pasal. Peranan Unit Trust Consultant amat penting dalam hal ini in educating investor.

As for me, saya memang seorang UTC Public Mutual dan setakat nie baru menjaga akaun2 saudara-mara sahaja dan syukur alhamdulillah 3/4 daripadanya telah mendapat keuntungan yang baik termasuklah akaun saya sendiri. Kebanyakan pelanggan2 saya melabur menggunakan KWSP dan pelaburan2 mereka bermula pada tahun 2008.

Di bawah nie saya paparkan sedikit 'extract' pelaburan dan keuntung mereka setakat 8 Januari 2010.

Unit trust PISTF

1. Adik Ipar -> Pelaburan KWSP( RM1,500) -> Keuntungan ( RM433.73 = 28.92% )

2. Isteri -> Pelaburan KWSP( RM1,200) -> Keuntungan ( RM114.59 = 9.55% )

3. Saya sendiri -> Pelaburan KWSP( RM2,000) -> Keuntungan ( RM634.61 = 31.73% )


Unit trust PIEF

1. Bapa saudara -> Pelaburan KWSP( RM2,000) -> Keuntungan ( RM235.82 = 11.79% )

2. Isteri -> Pelaburan KWSP( RM1,000) -> Keuntungan ( RM117.91 = 11.79% )

3. Saya sendiri -> Pelaburan KWSP( RM2,100) -> Keuntungan ( RM247.61 = 11.79% )


Unit trust PIDF

1. Abang ipar -> Pelaburan KWSP( RM9,000) -> Keuntungan ( RM1,238.16 = 13.76% )

2. Bapa saudara -> Pelaburan KWSP( RM10,000) -> Keuntungan ( RM2,169.74 = 21.70% )

3. Adik ipar -> Pelaburan KWSP( RM3,700) -> Keuntungan ( RM491.02 = 13.27% )

Jika diperhatikan, kebanyak keuntungan pelaburan 'unit trust swasta' ini telah melebihi 10% setahun ianya adalah lebih baik daripada keuntung pelaburan di dalam ASB, ASW2020, EPF dan simpanan. Tidak salah menyimpan di dalam produk2 amanah yang ditawarkan oleh kerajaan tetapi bukanlah lebih baik anda melakukan 'diversification' untuk menambahkan kekayaan anda untuk kegunaan di hari tua kelak, atleast ada duit sebanyak 1 juta kan...

So, sesiapa nak maklumat lanjut mengenai pelaburan saham amanah public mutual sama ada menggunakan tunai atau KWSP, boleh menghubungi saya di 013-3480876 ok. Buatlah penilaian yang sewajarnya.

2 comments: